HIJRAH REPUBLIQUE NETWORK
Isnin, 26 Ogos 2019
Ahad, 18 Ogos 2019
Isnin, 18 Mac 2019
Kunjungan hormat bersama Tuan Haji Zamri Zakaria
Alhamdulillah, selesai kunjungan bersama Tuan Haji Zamri Zakaria, Pengarah Kanan YaPEIM di pejabat YaPEIM pagi tadi.
Beberapa topik telah dibincangkan dan mencapai pendapat yang positif. Antaranya, peluang mengembangkan perniagaan oleh komuniti yang bergelar usahawan.
Tuan Haji Zamri secara peribadi adalah peramah dan sangat memahami. Pelbagai peluang dan ruang dibuka oleh beliau untuk pertubuhan Hijrah Republique Network menjalin hubungan rapat bersama agensi-agensi yang lain.
Secara peribadi, saya ingin mengucap terima kasih atas kesudian menerima kunjungan kami.
InsyaaAllah pada 25 Mac 2019 (Isnin), saya dijemput oleh pihak UiTM Sg. Buloh untuk memberi pendapat saya berkait dengan program anjuran mereka, "Disebalik gelombang pelangi"
Presiden Pertubuhan Hijrah Republique Network
Ahad, 10 Mac 2019
Kenyataan media Pertubuhan Hjrah Republique Network
TERKINI
Sokongan Kepada LGBT Sempena Hari Wanita Antarabangsa di Kuala Lumpur
Pertubuhan Hijrah Republique Network merupakan satu pertubuhan bukan kerajaan yang menjalankan aktiviti sosial dan dakwah kepada golongan LGBT serta juga kepada komuniti "Sexs Workers" merasa kesal dengan tindakan sekumpulan peserta perarakan Hari Wanita Antarabangsa di Kuala Lumpur pada 9 Mac 2019 yang menyokong golongan LGBT di negara ini.
Pertubuhan Hijrah Republique Network menolak sekeras kerasnya kepada kumpulan tersebut yang telah menganjurkan demonstrasi jalanan dan sebarang usaha untuk mengiktiraf LGBT di negara ini. Selaras pendirian Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad yang jelas mengatakan bahawa Malaysia tidak boleh menerima sistem nilai yang diamalkan di negara barat iaitu LGBT dan perkahwinan sama jenis.
Pendirian sama juga turut ditegaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang melarang sebarang usaha untuk mempromosikan LGBT di negara ini.
Sejak dahulu lagi LGBT tidak diterima di negara kita. Jangan ada mana-mana pihak yang cuba mencemarkan imej Malaysia sebagai negara Islam. Demokrasi tidak bermaksud semua orang boleh buat apa yang disukainya, lebih-lebih lagi apa yang diperjuangkan bertentangan dengan undang-undang, ajaran agama, nilai dan norma masyarakat Malaysia.
Ini telah mencemar sedikit sebanyak kepada kumpulan komuniti yang dalam usaha bermujahadah dan berhijrah ke arah yang lebih baik, serta telah mewujudkan stigma masyarakat kepada komuniti kami ini yang bertungkus lumus dalam usaha membantu komuniti komuniti ini.
Pertubuhan Hijrah Republique Network bersama beberapa lagi pertubuhan Hijrah yang lain komited menangani dan membantu golongan yang terjebak dengan budaya LGBT melalui program program kerohanian yang dijalankan dan dianjurkan dari semasa ke semasa dengan kerjasama pelbagai pihak dan agensi berkaitan.
Kami memohon pihak berwajib mengambil tindakan wajar bagi penganjur dan mereka yang terlibat "Women's Aid Organisation (WAO), Sisters in Islam (SIS), aktivis, dan penuntut penuntut (Pelajar Universiti).yang telah menganjurkan dan terlibat dalam demonstrasi jalanan yang kami rasakan ianya mempunyai agenda mereka bagi melawan sesuatu yang memang tidak boleh diterima akal dan salah disisi sudut agama islam kita sendiri.
Sekian.
Mohd Al Khusyairi Bin Mohd Ariff
Pengerusi Pertubuhan Hijrah Republique Network
Mewakili beberapa pertubuhan Hijrah yang lain.
27 Disember 2018
24 MEI 2018
Kami memandang serius kenyataan Siti Kassim yang memberi sokongan terbuka kepada golongan LGBT di Malaysia.
Buat pengetahuan umum, golongan LGBT di negara ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan LGBT yang mempertahankan hak LGBT dan kumpulan LGBT yang di dalam proses penghijrahan bagi merubah diri ke arah yang lebih baik dan diredhai.
Kami adalah kumpulan LGBT yang sedang cuba berubah dan sedang mengikuti pelbagai kelas kerohanian, agama, Fardu Ain dan kelas Al Quran di bawah bimbingan Majlis Agama, Jabatan Agama dan JAKIM bagi mengukuhkan dan menguatkan lagi keazaman kami ke arah perubahan.
Besar harapan kami agar masyarakat tidak cepat menuding jari dan membuat generalisasi dengan mengaitkan semua golongan LGBT sebagai penyokong Siti Kassim.
Kami berjuang sebaik mungkin untuk berubah ke arah kebaikan dan tidak bersetuju dengan kenyataan dan perjuangan yang cuba dibawa oleh Siti Kassim yang secara terang adalah salah di sisi agama dan moral.
Sekian, terima kasih.
MOHD AL KHUSYAIRI BIN MOHD ARIFF
Pengerusi Pertubuhan HIJRAH REPUBLIQUE Network
0147185061

Kami memandang serius kenyataan Majlis Aids Malaysia (Malaysian Aids Council (MAC)) yang menyatakan dan menuduh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merampas hak asasi manusia dengan menganjurkan program yang memaksa komuniti dalam 'Conversion Therapy" serta seolah-olah MAC memberi sokongan terbuka kepada golongan LGBT di Malaysia.
Buat pengetahuan umum, golongan LGBT di negara ini tidak pernah dipaksa oleh mana-mana pihak Jabatan Agama, Majlis Agama mahupun JAKIM dalam penyertaan segala bentuk program. Komuniti sendiri dengan rela hati menyertai program program yang dijalankan. Kami ingin menegaskan tidak ada unsur unsur paksaan dalam merubah komuniti serta segala bentuk tuduhan dari MAC adalah tidak benar.
Malaysia tidak mengamalkan konsep paksaan dalam merubah seseorang atau mengunakan kaedah "Conversation Therapy" dalam memulihkan komuniti tanpa kebenaran.
Malaysia bukan seperti di Amerika Syarikat yang menggunakan kejutan eletrik dalam "Conversion Therapy" yang boleh membawa kemudaratan.
Dalam masa yang sama segala kaedah perawatan yang diunjurkan oleh pihak MAIS melalui Dr Jahid yang disebut oleh MAC, di dalam program program kerohanian adalah didalam bentuk penerangan atau lisan serta demontrasi dijalankan dengan kerelaan para komuniti.
Dan sekiranya ada rawatan susulan oleh komuniti LGBT, itu adalah kehendak mereka sendiri dengan memohon kepada MAIS bagi kos rawatan serta ada sesetengah mereka pergi sendiri bagi melakukan perawatan ini.
Jadi tidak ada langsung unsur paksaan dalam perawatan ini.
Mana-mana program dijalankan oleh JAKIM sememangnya tidak ada sesi perawatan melainkan ceramah agama dan kesihatan, dan aktiviti bersukan serta bina kumpulan (team building).
Pihak MAIS ada menawarkan rawatan dan ini adalah atas permintaan sendiri dari komuniti untuk dijalankan sesi perawatan di dalam program yang dijalankan. Ada juga dari pihak komuniti yang secara sukarela mendaftar ke pusat perawatan bagi mendapatkan rawatan.Tapi harus diingat rawatan dijalan kan bukanlah merawat seksualiti semata.Tetapi lebih kepada rawatan spiritual bagi penyakit penyakit lain.
Jadi kami berpendapat kenyataan dari Bakhtiar yang mewakili MAC adalah sangat tidak tepat. Kami meminta pihak MAC memberi penjelasan yang terbukti kukuh dan kemukakan mereka yang memberi pendedahan bahawasanya mereka dipaksa.
Kami memohon agar pendirian, keputusan serta usaha kami dan rakan rakan kami untuk kembali kepada fitrah mendapat sokongan, dihormati dan tidak dipersoalkan atau juga dipandang rendah,serta jangan cuba mewujudkan sentimen agama dalam isu perawatan LGBT.
Kami adalah kumpulan sokongan LGBT hijrah yang sedang berusaha berubah dan sedang mengikuti pelbagai kelas kerohanian, agama, Fardu Ain dan kelas Al Quran di bawah bimbingan Majlis Agama, Jabatan Agama dan JAKIM bagi mengukuhkan dan menguatkan lagi keazaman kami ke arah perubahan.
Program yg dianjurkan untuk kami oleh pihak berkenaan seperti Mais, Jakim dan lain lain disertai oleh kami tanpa sebarang paksaan dari mana-mana pihak dan ianya bukan bertujuan utama untuk mengubat seksualiti, tetapi sebaliknya menyediakan platform kepada individu yang memilih secara sukarela untuk kembali kepada fitrah mengikut ajaran Islam yang sebenar.
Kami menentang sekeras-kerasnya tuduhan dan artikel dari MAC. Kami juga mempersoalkan apakah halatuju sebenar MAC, adakah memperjuangkan isu HIV/AIDS atau tidak? Apa yang kami lihat sekarang ini lebih memperjuangkan isu LGBT dari tujuan asal penubuhan MAC itu sendiri sedangkan stigma dikalangan PLHIV masih tinggi, kempen kesedaran kepada masyarakat umum tidak berjaya sepenuhnya, sambutan Worlds Aids Day seakan satu sambutan yang syok sendiri dan sekadar memenuhi KPI tahunan, dan akhirnya ramai komuniti plhiv sendiri nasibnya seakan tiada terbela atau dipeduli oleh MAC dan terpaksa berjuang sendiri untuk hidup, malah apabila ada yang ingin mencari penyelesaian hidup melalui pendekatan agama dibantah pula oleh wakil-wakil MAC, Bagaimanakah pembelaan terhadap komuniti?
Adakah MAC hanya mementingkan status sebagai NGO terbesar dan sesuka hati membuat apa sahaja.
Kami berjuang sebaik mungkin untuk berubah ke arah kebaikan dan tidak bersetuju dengan kenyataan dan perjuangan yang cuba dibawa oleh MAC
Sekian, terima kasih.
MOHD AL KHUSYAIRI BIN MOHD ARIFF
PENGERUSI PERTUBUHAN HIJRAH REPUBLIQUE Network
0147185061
hrmalaysianetwork@gmail.com
Bersama sama sokongan : -
Ryn Rasidi
Founder Usrah Iqra'
24 MEI 2018
Kami memandang serius kenyataan Siti Kassim yang memberi sokongan terbuka kepada golongan LGBT di Malaysia.
Buat pengetahuan umum, golongan LGBT di negara ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan LGBT yang mempertahankan hak LGBT dan kumpulan LGBT yang di dalam proses penghijrahan bagi merubah diri ke arah yang lebih baik dan diredhai.
Kami adalah kumpulan LGBT yang sedang cuba berubah dan sedang mengikuti pelbagai kelas kerohanian, agama, Fardu Ain dan kelas Al Quran di bawah bimbingan Majlis Agama, Jabatan Agama dan JAKIM bagi mengukuhkan dan menguatkan lagi keazaman kami ke arah perubahan.
Besar harapan kami agar masyarakat tidak cepat menuding jari dan membuat generalisasi dengan mengaitkan semua golongan LGBT sebagai penyokong Siti Kassim.
Kami berjuang sebaik mungkin untuk berubah ke arah kebaikan dan tidak bersetuju dengan kenyataan dan perjuangan yang cuba dibawa oleh Siti Kassim yang secara terang adalah salah di sisi agama dan moral.
Sekian, terima kasih.
MOHD AL KHUSYAIRI BIN MOHD ARIFF
Pengerusi Pertubuhan HIJRAH REPUBLIQUE Network
0147185061
Langgan:
Ulasan (Atom)