Alhamdulillah, selesai kunjungan bersama Tuan Haji Zamri Zakaria, Pengarah Kanan YaPEIM di pejabat YaPEIM pagi tadi.
Beberapa topik telah dibincangkan dan mencapai pendapat yang positif. Antaranya, peluang mengembangkan perniagaan oleh komuniti yang bergelar usahawan.
Tuan Haji Zamri secara peribadi adalah peramah dan sangat memahami. Pelbagai peluang dan ruang dibuka oleh beliau untuk pertubuhan Hijrah Republique Network menjalin hubungan rapat bersama agensi-agensi yang lain.
Secara peribadi, saya ingin mengucap terima kasih atas kesudian menerima kunjungan kami.
InsyaaAllah pada 25 Mac 2019 (Isnin), saya dijemput oleh pihak UiTM Sg. Buloh untuk memberi pendapat saya berkait dengan program anjuran mereka, "Disebalik gelombang pelangi"
Presiden Pertubuhan Hijrah Republique Network

