Pengenalan
Pertubuhan ini telah ditubuhkan oleh sekumpulan anak-anak muda yang
berminat dalam menjalankan kerja-kerja amal dan berkumpulan bagi tujuan sokong bantu dan menambah pengetahuan tentang ilmu
agama, kesihatan (HIV/HCV), dan pelbagai lagi kemahiran dan pengetahuan seperti
kaunseling. Tambahan pula, memberi
pengetahuan dan menghentikan STIGMA & DISKRIMINASI masyarakat
terhadap golongan LGBT, PLHIV / HCV, dan Sex Workers (SW). Golongan dalam kes-kes berkaitan iaitu
penagih dadah (terutamanya pada penagih dadah
Sintentik yang kini semakin popular), serta isu-isu
masalah sosial remaja yang lain juga tidak dilupakan.
Matlamat
Menjalankan aktiviti bagi komuniti berisiko dalam memberi pengetahuan berkaitan HIV serta menjalani ujian HIV, serta mendapatkan rawatan bagi mereka yang telah didiagnos.
Memotivasikan diri setiap individu secara santai namun mantap.
Menggerakkan dakwah Islam yang berorientasikan dengan kerja-kerja amal, tarbiyah, kesihatan, kebajikan, dan pendidikan moral supaya dapat memenuhi tuntutan terhadap golongan sasaran yang diabaikan daripada ajaran ilmu agama, kehidupan, kebajikan, dan sosial.

Visi
Menjadikan pertubuhan ini dikenali pada
peringkat kebangsaan sebagai pertubuhan yang;
Memperjuang nasib dan membela komuniti yang bermasalah serta mereka yang didalam golongan sasaran yang terjerumus dengan isu pendidikan Islam, sosial, kesihatan (HIV / HCV), kebajikan.
Mempunyai sukarelawan yang terlibat secara langsung dengan komuniti sebagai ahli keluarga komuniti.