Perkara-perkara asas yang ditumpukan

PROGRAM KESEDARAN

Sentiasa komitmen dalam menjalankan aktiviti / program kesedaran dalam menganjurkan pendidikan berlandaskan agama Islam serta kesedaran berkenaan HIV / AIDS, STI dan STD kepada masyarakat umumnya kepada komuniti yang berisiko seperti komuniti LGBT terutama HOMOSEKSUAL. Program kesedaran ini bagi memberi pengetahuan tentang bagaimana cara jangkitan, mendapat ujian saringan serta mendapat rawatan.

UJIAN SARINGAN

Memberi peluang kepada komuniti untuk membuat saringan serta mendapatkan khidmat kaunseling dari pakar-pakar dalam bidang penyakit berjangkit.
RAWATAN
Memastikan setiap individu mendapatkan rawatan berterusan bagi menjamin kehidupan yang lebih baik, sentiasa memberi sokongan dan khidmat nasihat sekiranya PLHIV menghadapi kesukaran dalam menjalani rawatan berterusan.

SOSIAL

Isu yang berkait rapat dengan masyarakat yang sepenuhnya melibatkan golongan terpinggir, golongan LGBT, mereka yang dijangkiti HIV dan HCV serta mereka yang berisiko yang memerlukan perhatian, bantuan dan pembelaan nasib diri. Program-program khas yang bakal dijalankan seperti Program Kesedaran HIV / HCV / Dadah / Seks bebas dan pelbagai program motivasi dan jati diri.

DAKWAH

Usaha untuk memberi kefahaman tentang Islam dan kesederhanaan dalam mengamalkan ajaran Islam serta menghapuskan tentang teruknya dan beratnya tentang Islam.

PENDIDIKAN DAN SOKONG BANTU

Memberikan bimbingan, menganjurkan kursus, program, bengkel yang bersifat akademik dan mendidik untuk menambahkan kefahaman ilmu dunia akhirat dan kesihatan.

SUKARELAWAN

Melatih para belia supaya berketerampilan sebagai fasilitator dan mendidik masyarakat supaya mengamalkan bidang sukarelawan.

ADVOKASI

Menjadi Islam tempat rujukan kepada isu-isu masyarakat, kesihatan, kebajikan, serta ilmu agama Islam.